February 01, 2014

Tips atasi insomnia (susah tidur malam).

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan vampire ku sekalian? Menjadi tabiat seorang vampire ataupun seekor burung hantu untuk berjaga di tengah malam.Jyeah,menjadi seorang vampire memang berat tugasnya,kena berjaga pada malam hari bagai.Maklumlah,awek-awek comels yang hendak dihisap darahnya semua tidur pada malam hari.Kalau tak berjaga terlepaslah peluang.

Tapi,hari ini,aku selaku vampire yang telah bertaubat,nak kongsi ilmu pada kau,kau dan kau yang dekat belakang tuh tentang  tips mengatasi insomnia (penyakit susah tidur malam).Sazz~

Firstly,silalah rajinkan diri anda exercise/buat banyak aktiviti pada waktu siang.Apa yang aku perhatikan,terutamanya dalam kalangan pelajar asrama, pelajar perempuan lebih cenderung untuk mengalami insomnia atau penyakit susah tidur berbanding pelajar lelaki.Why? Sebab most of the boys love to do sports in the evening compared to the girls, dude.Jarang aku dengar ada atlet yang aktif atau orang yang rajin bersukan di siang hari ada penyakit insomnia.So,keep sports and stay away from insomnia :)

Kedua,jangan tidur waktu siang.Hekhek,neyh budak sekolah memang susah nak elakkan.Samalah dengan aku dulu.Balik sekolah dah penat,lepas makan solat semua,kompem tidur secara berjemaah dalam surau asrama atau dalam library walaupun sepatutnya kitaorang pergi prep masa tuh.Haha,itu aku,tak tahulah korang macam mana.Tidur siang atau sekadar catnap bermaksud korang dah mengubah jam biologi (baca : biological clock) korang.Hasil dia,susah tidur malam aka insomnia.

Tips lain atasi insomnia atau penyakit susah tidur malam ialah baca buku.Jyeah,it sounds quite boring kan tapi it works.Lagi lagi kalau kau tak minat genre buku tuh.Contoh macam kau tak minat sejarah,so kau kena baca buku sejarah. Tapi kalau aku,aku minat sejarah so tak boleh nak baca buku sejarah.Mungkin aku kena baca buku indon sebab aku kan tak suka cerita/movie/lagu indon.Haha,tak tahulah macam mana kalau aku dapat tawaran belajar Medic dekat Indon macam Fatin Liyana.Boleh jadi stress dibuatnya sebab hari-hari dengar bahasa indonesia -..-

Jangan jadikan katil korang multifunctions.Misalnya,katil ialah tempat baca buku,tempat balas sms,tempat study semua.Okey,terasa sebab dulu masa zaman sekolah menengah aku macam ini.Bila katil korang menjadi multifunctions,otak akan set katil = bukan tempat tidur maka tak payah tidur dan juga ada banyak gangguan.Bila ada phone dekat sebelah,teringin nak tengok gambar pakwa yang comels dekat insta.Bila selalu buat homework dekat atas katil teringat tutorial chemistry yang belum siap lagi.Haha,contoh. Lagi,biasakan tidur dalam suasana yang aman tenteram. Takda bunyi dan suasana yang betul-betul gelap.It will helps.

Okey,vampire nak tidur.Assalamualaikum.
Wahh,vampire tahu bagi salam.Sila teruja. ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...