May 20, 2014

Insan bernama Syahirah (Syabetty)

Assalamualaikum guys ! 

In my life,I had met a lots of wonderful people. You just have to name it : from my teachers,beloved family,truthful friends etc.

One of them ( I considered her as one of my family members even though she is not my blood sister ) is Nur Syahirah binti Fazida :))

From left : she and her blood sister.Yeah,I know.Both of them are crazy.

Sebenarnya,dia ialah junior aku masa sekolah menengah. Biasalah,kalau duduk hostel mesti ada sangkut paut dengan 'adik angkat,kakak angkat' semua. Hahaha. So,that's how both of us getting know each other. Hehe :DD

Paling ingat setiap kali kalau aku terbang menggunakan sayap (baca : fly @ keluar secara haram) daripada hostel,aku mesti bawa balik apa-apa untuk dia. Macam ole-ole ler kononnya. Haha. Coklat ke,apa ke. Untuk menambahkan keseronokan,aku dengan penuh berhormatnya mengarahkan budak Form 1 untuk bagi dekat dia.

Aku : Kau kenal kak Betty tak ?
Form 1 : yang mana (sambil garu kepala muka blur)
Aku : Ehh,punya femes adik angkat aku,kau boleh tak kenal ?
Form 1 : Maaf akak,saya kurang kenal senior-senior (muka takut)
Aku : Erm,maaf tak diterima.Kalau nak aku maafkan kau,pergi bagi neyh (hulur bungkusan coklat sebagainya) dekat akak Betty,Form 4,dorm 6.
Form 1 : Okey ...


Panjang berjela kau kalau nak cerita pasal aku dengan dia. Pendek kata,walaupun dia junior,banyak benda yang dia dah ajar aku. Selamba badak main kejar-kejar dekat koridor. Suka hati aje nak tidur dekat peha aku time orang tengah ceramah agama dalam surau. Bila tak faham maths mengada-gada minta aku ajar. Tapi kan,yang mengada-gada tulah yang aku sayang. Weeee ~


Cerita pasal dia, 12/5 lepas ialah birthday dia ! So,I am kinda sweet when it comes to birthday present :D








Tak sia-sia aku mengagau dekat facebook cari orang yang pandai doodling neyh. Artwork Nazatul Hanis memang coolie. Harganya pula,baru RM 15. Weee,sangat teruja oulls sebab dapat kad doodle yang kiut miut dengan harga yang begitu murahh :D

Syabetty neyh nampak aje stok-stok gadis melayu terakhir tapi layan Avenged Sevenfold tau. Naik pengsan aku masa first time dengar lagu Avenged Sevenfold dalam mp3 dia. Yeah,she rocks ! And sebagai peminat heavy metals,tak main lah kalau minat warna pink neyh semua. Hahaha,tapi aku tetap nak beli bantal Hello Kitty neyh untuk dia :D





#Syabetty,thanks for being my sis.Even though that you're an insane and unadoreable little sis,I thank Allah for making both of us as friends in this life.May the odds be ever in your favor. Jzzk.


I think I was in form 3 when this picture was taken.
No wonder kualiti gambar tidak memberangsangkan.Hewhew.
#prep time.baju outing asrama :))




May 12, 2014

Teka teki paling susah dekat dunia

Assalamualaikum ^^

Anak-anak,sila perah neuron-neuron otak anda sekeras mungkin !

Saya nak beli baju rm97 tapi saya takde duit. So saya pun pinjam la rm50 kat kakak, rm50 kat adik. Skrg sy ada rm100 dlm tngan. Lpas bli baju, cashier pulangkan rm3. Sy pun pulangkn rm1 kat kakak, rm1 kat adik. Lagi rm1 sy pgg.. Skrg ni sy hutang kakak rm49 , hutang adik rm49. Tpi ble sy campur dua2 hutang kakak n adik, rm49 + rm49 = rm98. Campur duit dlm tngn sy rm1 = rm99. Mana lg rm1 duit sy ?


Anyone ?

May 07, 2014

Persiapan ke Matrikulasi

Assalamualaikum ^^


Selepas aku tonggeng-tonggeng isi kepala,inilah yang terhasil.May it will be helpful ! :DD

Persiapan ke matrikulasi 

Girl : 

  • baju kurung/jubah (10 pasang dah cukup dah bagi aku)
  • t-shirt long sleeves (untuk pergi makan/jalan-jalan)
  • blouse (untuk yang girly girly pakai blouse pergi keluar outing)
  • cardigan (boleh mix&match dengan short sleeves)
  • baju lengan pendek (untuk pakai dalam bilik)
  • seluar treksuit
  • seluar slack hitam (2 helai cukup rasanya)
  • seluar tidur

Boys : 

  • baju kemeja (make sure ada variety colours baru boleh matching dengan awek nanti.Ahaks ! )
  • baju melayu (memeltingkan kaum hawa-hawa masa solat jumaat nanti.Cadangnya begitu)
  • t-shirts (penekanan pada penggunaan perkataan plural di situ sebab lelaki.Biasalah :P 
  • seluar slack hitam
  • seluar treksuit
  • seluar tidur (kalau wujud)

-----------------------------------------------------------------
-head-

  • shawl/tudung bawal (biar berlebih asalkan cukup and nanti kalau banyak-banyak boleh mix&match :)
  • skaf,pin tudung,jarum peniti,getah rambut.
------------------------------------------------------------------
-toe-

  • flatshoes (untuk matrikulasi wajib bhai pakai flatshoes and totally no-no for heels.Kalau dekat asasi,peraturan lebih longgar so dibenarkan pakai heels.Ini kalau ikut peraturan Asasi UM.Kalau asasi lain,mungkin lain kut rules dia)
  • for boys : wajib pakai kasut kulit masa kuliah.
  • kasut sukan 
  • stokin warna kulit/hitam (for flatshoes)
  • stokin sukan (for sport shoes)
  • sneakers (tak wajib tapi aku suka pakai bila nak keluar outing nanti :)
  • selipar jalan dan selipar tandas

------------------------------------------------------------------
-clean and clear-

  • sabun basuh baju + downy 
  • berus baju,baldi,gayung
  • ubat gigi + berus gigi
  • sabun mandi,syampu,tuala mandi
  • baldi kecil nak letak berus gigi,ubat gigi,syampu dll (budak asrama mesti tahu benda ini)
  • hanger + sepit
  • earbuds,ketip kuku,sikat,deodorant
  • hair gel
  • make up kit (compact powder,lipbalm,perfume,eyeliner bla bla.Yang lelaki nak bawak pun boleh)
-------------------------------------------------------------------
-school supply list-

  • kertas A4 & kertas kajang (beli yang bundle dekat mydin murah sampai menangis)
  • alat tulis (bawak jeh yang sekolah punya : ada pencil, eraser,pembaris,pen,highlight,bla bla)
  • kalkulator 570 (upper form punya tau,jangan kau bantai lower form punya -..- )
  • Buku nota (untuk buat tutorials dan past year.Dekat koperasi pun ada)
-------------------------------------------------------------------

  • cadar/sarung bantal (aku pakai cadar asrama yang dulu-dulu jeh.Matriks tak sediakan)
  • bantal busuk
  • sejadah,telekung,Al-Mathurat (lagi senang bawak Al-Quran mini + terjemahan)
  • meja kecil (yang macam meja jepun tuh.Tapi matriks sediakan meja belajar)
  • panadol,coolfever dan segala macam ubat.
  • Stok makanan +sudu garfu+ mangkuk belaga.

Tak semestinya kena bawak.As guideline sahaja dongg.Untuk listing yang lebih lengkap kiut miut : Klik Sini :)

Trimas kepada senior-senior yang banyak membantu menyumbangkan pengalaman dalam pembikinan entri ini.Adios !

March 26, 2014

Result SPM : Penantian yang Dinanti.

Assalamualaikum and hi :D


Ramai tanya aku dapat straight A's ke ? 
Hahaha,saya dapat 9A 1B jelahh cik abang.Sejujurnya memang target perfect score tapi nevermind mehh.Percaya pada rezeki.Itu pun dah cukup happy sampai senyum sorang-sorang bila terfikirkan pasal result spm.Ngee :)




For me,SPM memang penting sebagai guideline untuk kita lakar masa depan kita.Lagi baik keputusan spm kau,lebih banyak peluang kerjaya yang kau boleh pilih.Lebih banyak bidang yang kau boleh terokai.Tapi,dalam hidup selalu ada peluang kedua atau second chances right ? Boleh sambung study dekat matrik,asasi, diploma,A-Level dan sebagainya. Nobody says that if you are fail in your spm,you are a loser forever.Keep moving foward okey guys :D 

Plan aku lepas neyh,masuk matrik or asasi,dapat result gempak,buat medicine dekat oversea.Macam Fatin Liyana.Haha,I dont know.Mungkin pada masa aku sambung belajar nanti,fikiran aku akan lebih terbuka dan timbulnya minat dalam bidang lain.So,we will see huh if I will become a doc or not?Pray for me XD

Ramai tanya,kenapa bidang perubatan mehh ? Satu saja sebab.Sebab aku sangat addicted dalam biologi dan kimia.Masa waktu PJ *pendidikan jasmani* orang lain semua dok main badminton lompat bintang bagai,aku senyap-senyap masuk library buat nota biologi.See ?

Aku buta seni,lukis orang lidi pun menggigil.Nak jadi cikgu pulak,memang taklah sebab aku tak minat.Walaupun tugas seorang pendidik tuh pahalanya macam air,it is just not my passion.Aku tengok lab physics pula rasa mengantuk lepas tuh langsung tak minat pasal physics.Kepala aku terpaksa bekerja keras nak memahami bab eletronik dengan hukum Newton kejadah.Tapi,aku boleh rasa happy bila belajar biologi and chemistry.So,lebih bagus kalau aku aku futher study dalam bidang sains hayat,bukan sains fizikal.Do the things that you love and your job will never become a burden. ^^

So,fasa hidup aku lepas neyh ialah program pra-uni atau orang biasa panggil foundation.Tak sabar nak lari daripada title budak sekolah.Aiceceh,harap-harap bab baru dalam hidup aku akan jadi sangat interesting.Interesting,cool and superb awesome at the same time ! 

**********************************

To teachers,thank you.Terima kasih setinggi gunung Everest *kalau boleh lagi tinggi * sebab sudi ajar saya daripada budak hingusan tak tahu apa benda sampailah menjadi manusia sekarang even perangai kadang-kadang macam kanak-kanak ribena.Sudi layan soalan saya yang kadang-kadang macam merepek pun ada.Rileks jeh jawab soalan-soalan saya through phone even masa tuh tengah time prep.Hahaha,saya doakan kalian diberkati Allah.Amin :D

#spm.happy.alhamdulillah.thanks teachers,pals and family.
#welcome to the new phase of my life : foundation !



February 01, 2014

Tips atasi insomnia (susah tidur malam).

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan vampire ku sekalian? Menjadi tabiat seorang vampire ataupun seekor burung hantu untuk berjaga di tengah malam.Jyeah,menjadi seorang vampire memang berat tugasnya,kena berjaga pada malam hari bagai.Maklumlah,awek-awek comels yang hendak dihisap darahnya semua tidur pada malam hari.Kalau tak berjaga terlepaslah peluang.

Tapi,hari ini,aku selaku vampire yang telah bertaubat,nak kongsi ilmu pada kau,kau dan kau yang dekat belakang tuh tentang  tips mengatasi insomnia (penyakit susah tidur malam).Sazz~

Firstly,silalah rajinkan diri anda exercise/buat banyak aktiviti pada waktu siang.Apa yang aku perhatikan,terutamanya dalam kalangan pelajar asrama, pelajar perempuan lebih cenderung untuk mengalami insomnia atau penyakit susah tidur berbanding pelajar lelaki.Why? Sebab most of the boys love to do sports in the evening compared to the girls, dude.Jarang aku dengar ada atlet yang aktif atau orang yang rajin bersukan di siang hari ada penyakit insomnia.So,keep sports and stay away from insomnia :)

Kedua,jangan tidur waktu siang.Hekhek,neyh budak sekolah memang susah nak elakkan.Samalah dengan aku dulu.Balik sekolah dah penat,lepas makan solat semua,kompem tidur secara berjemaah dalam surau asrama atau dalam library walaupun sepatutnya kitaorang pergi prep masa tuh.Haha,itu aku,tak tahulah korang macam mana.Tidur siang atau sekadar catnap bermaksud korang dah mengubah jam biologi (baca : biological clock) korang.Hasil dia,susah tidur malam aka insomnia.

Tips lain atasi insomnia atau penyakit susah tidur malam ialah baca buku.Jyeah,it sounds quite boring kan tapi it works.Lagi lagi kalau kau tak minat genre buku tuh.Contoh macam kau tak minat sejarah,so kau kena baca buku sejarah. Tapi kalau aku,aku minat sejarah so tak boleh nak baca buku sejarah.Mungkin aku kena baca buku indon sebab aku kan tak suka cerita/movie/lagu indon.Haha,tak tahulah macam mana kalau aku dapat tawaran belajar Medic dekat Indon macam Fatin Liyana.Boleh jadi stress dibuatnya sebab hari-hari dengar bahasa indonesia -..-

Jangan jadikan katil korang multifunctions.Misalnya,katil ialah tempat baca buku,tempat balas sms,tempat study semua.Okey,terasa sebab dulu masa zaman sekolah menengah aku macam ini.Bila katil korang menjadi multifunctions,otak akan set katil = bukan tempat tidur maka tak payah tidur dan juga ada banyak gangguan.Bila ada phone dekat sebelah,teringin nak tengok gambar pakwa yang comels dekat insta.Bila selalu buat homework dekat atas katil teringat tutorial chemistry yang belum siap lagi.Haha,contoh. Lagi,biasakan tidur dalam suasana yang aman tenteram. Takda bunyi dan suasana yang betul-betul gelap.It will helps.

Okey,vampire nak tidur.Assalamualaikum.
Wahh,vampire tahu bagi salam.Sila teruja. ^^


January 28, 2014

Tips Hadapi Break-Up.


Assalamualaikum.

Hey,dah kena dump dengan boyfriend?Girlfriend anda minta clash lepas tuh ada skandal dengan bestfriend anda? Di sini,jawapan anda.




**************

  1. Delete semua message lama.Like seriously,aku tahu perempuan biasanya suka simpan mesej-mesej sweet dia dengan pakwa dia dalam draft phone lepas tuh belek-belek kembali bila rasa bosan.Itu zaman anda dan ex ialah kekasih partner.Okey,perkataan kekasih bunyinya macam zaman dulu dulu so aku lebih suka pakai perkataan partner.Nampak urban katanya.Muntah.Yes, macam mana kau nak let go him/her kalau asik-asik bila rindu dia kau bukak balik semua mesej-mesej tuh,baca dengan penuh perasaan lepas tuh end up menangis tak kesudahan.So,the first move is delete the messages. Yeah,come on,just press the delete button and whoop,ex anda dah takda menghantui anda dengan kata-kata manisnya.Onemore,kalau korang asik-asik call dia/sms dekat dia,itu hanya membuatkan korang kelihatan desperate.
  2. Tengok movie.Layan drama korea.Main basketball.Pendek kata,buat benda yang kau jarang/tak pernah buat sebab ex kau tak suka kau buat benda tuh. Contoh lain ialah pergi stadium bola dengan member-member lepas tuh main mata dengan perempuan comels.
  3. Unfriend dia dekat facebook untuk mengelakkan distalk oleh ex anda dan mengelakkan anda mengestalk ex anda secara sedar atau tidak sedar.Lagi satu,andaikata kalau korang dah clash lepas tuh tiba-tiba ternampak status ex korang dekat newsfeed,itu adalah benda yang annoying. Lagi-lagi bila korang nampak dia upload gambar dekat pantai dengan perempuan/lelaki lain.Mesti hati korang memberontak right tapi masa tuh korang sedar yang kau dan dia dah takda apa-apa relay :(
  4. Ambil berat benda yang sebelum ini kau tak kisah pun. For example,tengokkan kerja sekolah adik kau,teman mak jalan-jalan dekat Tesco.Ini contoh.Masa zaman couple,partner kau ialah segala-galanya right.Siang malam.Tapi,bila dah clash,I think it is a good turning point to build up back your relationship with the people around you.Keluarga dan kawan-kawan.Yeah,mereka tak selamanya hidup/berada berdekatan dengan korang kan so sebelum terlambat just grab the damn chance okey >..<
  5. Buang/bagi balik segala-galanya.Bila dah clash (I mean,a real clash yang memang takda harapan nak patah balik) aku sarankan kepada kalian agar pulangkan balik semua benda yang dia pernah bagi.T-shirt couple,photos, birthday presents etc.Lagi bagus,jual dekat Mudah.my lepas tuh gunakan duit tuh untuk beli Blackberry Z30.
  6. Menangis sepuasnya namun tidak selamanya.Yeah, menangis itu tandanya kita insan yang ada hati dan perasaan but sometimes we just need to learn let it go.
  7. Beribadat.Aiceh masa susah baru ingat Allah tapi yeah, kalau andaikata itu yang Allah uji kita,kita sebagai hamba takkan nak marah-marah frust segala kan? Tenangkan hati dan bersedia untuk pikat jejaka/cewek comels di luar sana.
  8. Keep yourself buzy.Larikan minda daripada perkara yang sama iaitu dear ex=oh i miss him/her.Dengan menyibukkan diri-rajinkan diri hadiri kuliah,baca buku, pergi workout-dapat bantu kau lupakan dia.Ada banyak lagi benda lain yang berbaloi untuk difikirkan :)
  9. Bagi masa dan ruang.Ada orang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun mestilah tak boleh lupa dalam seminggu dua.So,give yourself a time and space.The heartbreak always will heals after a while.So,keep calm and there's a lot more guys/girls outhere.Yang dekat Melaka neyh pun ada.

January 27, 2014

Cats lover.

Assalamualaikum :)

Hey,rindu tak dekat aku? Hahaha,sokay,tajuk hari ni 
Cats Lover.Bagi yang tak tahu cerita aku dengan kucing pada suatu ketika dulu boleh buka entri INI.

Dulu,aku dengan kucing dapatlah ditafsirkan seperti ini : 

Premis 1 : Kucing suka makan whiskas
Premis 2 : Atika *kenapa aku gelar diri aku atika?* tak suka langsung makan whiskas.
Kesimpulan : Atika tak suka kucing dan begitu sebaliknya.

Aku punya alergik dengan kucing tahap serius gila ahh,sampai nampak kucing daripada jauh dah buat muka annoying sambil acu-acukan penumbuk saiz s. -..-


******************

Semenjak dua menjak tidak bersekolah dan hanya membuta dekat rumah sampai kena bebel dan makan pisang goreng sambil online facebook *perangai yang teruk bhahaha* hatiku tergerak-gerak untuk memberi kucing-kucingku di rumah makan.Aku goncang botol potato chips yang biasanya Abah bubuh makanan kucing,kosong.

Aku jenguk ke dalam,tinggal habuk.Aku sarung baju panasku,maklumlah di Malaysia ini sejuk,dan aku seluk poket seluarku,ada duit 5 ringgit baki tuang minyak motor semalam.Aku hidupkan motor dan menderum laju ke kedai harga jimat ekonomi berhampiran rumahku yang tersangatlah menjimatkan.Lols.


**********************


Tengah-tengah aku bagi Belang,Tompok dan beberapa orang lagi menjamu makanan kucing cap Jasaku *jenama makanan kucing paling murah,hahaha*,tiba-tiba datang seekor kucing hitam.Kucing tua kalau aku tengok daripada bulu dia semua.

Serta merta aku kenal dia sebagai Logam.Logam neyh kucing tua yang selalu cari pasal dan buat onar dengan Belang (kucing aku).Abah selalu cerita pasal kejahatan si Logam neyh.Abah aku juga menggelarkan dia "Logam si kucing tua pembuli".Hahaha,abah :)

Aku pun tanpa sebarang perasaan prejudis,bagi juga si Logam neyh makan.Tak tergamak nak hampakan dia.Aku macam terfikir kalau aku dekat tempat dia mesti aku sedihkan bila aku tengok orang lain semua dapat makan tapi aku krik krik minta makanan tak dapat.Simpati menebal.

Logam kucing yang tak bertuan,dan aku tengok dia macam fobia dengan manusia.Dia takut gila kott bila aku datang dekat dia mula-mula.Bila aku bagi dia makan,aku kena duduk jauh sikit so nanti baru Logam berasa selamat nak makan.Dia pandang manusia pun suspicious jeh.Sobs sobs.Kesian si Logam neyh. :(

Bila aku pandang dekat-dekat,oh maii.Air mata i jatuh you. Mata sebelah si Logam neyh buta,tak tahulah dibutakan oleh manusia yang bengap nak %#@& atau kerana penyakit.Aku perasan something dekat misai dia.Misai dia pendek sebelah. Atau lebih tepat lagi, sebelah takda.

Aku kenal betul dengan tanda tuh,tanda misai kena gunting.Ya Allah,kesian dengan kucing tuh.Kalau aku nampak siapa yang gunting misai dak Logam tuh memang aku luku kepala dia dekat jalan tar.I mean,tahu tak misai kucing sangat penting untuk beliau?

Misai kucing (bukan tumbuhan misai kucing,i mean,misai seekor kucing) bertindak sebagai organ deria dan juga untuk mengekalkan keseimbangan badan beliau.Sama macam telinga manusia.

Kalau kita takda telinga/ada sebelah telinga jeh kita akan mengalami kesukaran nak berdiri stabil sebab telinga = salah satu organ yang menyeimbangkan badan kita.Faham tak anak-anak?  *Sumber = buku teks Sains tingkatan 2.

I pray agar penggunting misai Logam di luar sana bertaubat.Takda simpati betul.Kalau betul Logam curi ikan kau atau apa-apa jelah,tak payahlah sampai nak buat macam tuh.Animal abuse.








*****************


Aku harap partner aku nanti pun suka kucing.Hahaha,baru 18 dah pandai nak fikir pasal partner -..-
Yelah,lagi satu.Comel tau kalau lelaki yang minat kucing. ^^




January 16, 2014

Cara nak menghadapi orang yang dibenci/membenci

Assalamualaikum :v

Realiti dalam hidup,tipulah kalau takda orang benci kita,right? 



Diri aku sendiri,aku dulu pernah hidup sebilik dengan orang yang aku kurang minat dan beliau nampaknya benar-benar tidak menyukai beta,makanya beta paham perasaan kalau terpaksa berhadapan dengan makhluk yang anda kurang diminati almost everyday.

Nabi Muhammad yang baik pekerti pun ada haters inikan beta insan marhean yang serba serbi cacat cela.Hikhik. (mukadimah annoying haseyo)


**********************

Aku tulis entri ni berdasarkan pengalaman peribadi dan seryesly kalau kau rasa kau bukan bitch/sombong/berlagak/ player seperti yang dicop oleh orang yang membenci kau : kau tak perlu nak rasa sedih/down sebab well hey,it is common thing to have haters around you.

Memang benar kadang-kadang kata haters itu ada benarnya.Try tanya orang yang paling jujur di sekeliling kau,adakah benar kau sombong/bitch seperti yang dicop oleh orang lain.Kalau feedback yang kau dapat 50-50 (ada yang kata ya,ada yang kata tidak) erm,I think that you need to do something/fix your attitude somewhere because as a human being we always need to be better. *senyum sambil membuat tanda aman*


***************


Tapi,remember my words : 





So,aku nak menyatakan beberapa benda yang patut buat dan tak patut dibuat bila berhadapan dengan makhluk yang kau benci/membenci kau.

1.Ask yourself if you're doing anything wrong.Kalau ada,trylah seek for his/her apologizes.Kalau memang perangai dia busuk hati lagi suka membahan orang,bukan salah kau kalau dia benci kau.

2.Elakkan bertembung.Aku dulu dekat hostel sampai perhatikan rutin harian orang yang aku kurang minat.Pukul berapa dia pergi makan,pukul berapa dia biasa pergi mandi.Aku lebih suka elak daripada berjumpa dengan dia agar aku dan dia tidak terkena sebarang penyakit sawan.

3.Muka innocent is priority.Well,disebabkan aku merupakan insan yang selalu diduga dengan pelbagai tomahan,so,muka innocent aku memang bukan dibuat-buat. *tunjuk gusi*
Orang yang kau benci/membenci kau akan lebih sakit hati kalau muka innocent kau menjadi.

4.Matang.Kalau agak-agak macam nak bergaduh,fikir baik-baik sebelum cakap sebab ramai yang memerhatikan kita.Trust me,cctv dan burung kakak tua is everywhere dan dengan pantas dan tuntas semua orang dah tahu.

5.Slow talk.Erm,duduk di asrama mengajar aku yang tak semua orang boleh terima cara slow talk.Masa tengah slow talk cool jeh,semua okey.Lepas slow talk,ungkit balik semua kisah yang telah dibincangkan.Makanya,resolusi terbaik ialah fikir dalam-dalam patut tak nak slow talk.Sebab,bagi aku,kadang-kadang cara slow talk tak efektif lagi mendatangkan masalah.Sometimes it will works but not always.

6.Doa.Ya anak-anak,doa sungguh-sungguh agar masalah kau pasal orang yang kau benci/membenci kau cepat settle.Who knows your worst enemy will become your bestfriend?



Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya
Al-Imran : 103.



Kamsahamnida baca belog ini >..<  *terima kasih dalam bahasa korea :D

January 03, 2014

Holla 2014,sayonara 2013.


Assalamualaikum.


Cuba cari 10 orang dalam gambar neyh.2 minutes!


Okey,cuba tengok tarikh dekat atas tuh.Tengoklah...
Ya : hari ini 3/1/2014 maksudnya aku dah sah 18 tahun dan boleh pergi tengok wayang tanpa rasa gentar kot-kot wayang yang aku nak tengok ada unsur lucah/aksi ganas/seram terlampau dan sebagainya. 

Ya,sangat heaven sebab aku selalu nak pergi wayang tapi balik-balik kakak kaunter tuh mintak ic lepas tuh maaflah dik,tak boleh masuk.Pfftttt (maki dalam bahasa kucing).
Kadang-kadang cerita yang ditayangkan bukan ganas sangat pun setakat mati kepala tercampak lepas tuh ada pembunuh korek biji mata guna kapak..

Okey,tipu.Mana boleh korek biji mata guna kapak. -..-
Bagi aku,2013 ada macam macam.Bestnya banyak,tak best pun banyak.Yang best,tak terkira.Haha,nak tahu sebahagiannya selaklah entri-entri aku yang lepas-lepas. Yang tak best aku take those things as a lesson.Yeah, a long lesson to be a better person in each single day. ^^



****************

Oh,lagi satu aku tak jadi budak sekolah lagi pada 2014 so aku bercadang untuk tengok tb sahaja dekat rumah sambil mengetawakan junior-junior aku yang terpaksa bersekolah. *aksi goyang kaki depan tivi sambil ketawa sorang-sorang.

Dan pada tahun 2014,bermulalah benda baru dalam hidup aku.Aku tak tahu mana path aku yang telah ditentukan tapi aku harap aku dapat matriks/asasi seumpamanya.To be honest,aku tak rasa nak masuk Form 6.Aku akui banyak benefits masuk Form 6 tapi I just don't feel that taking Form 6 is my goal after SPM.



***************


Oh,dan ya lagi,aku baru saja kembali ke sekolah.
Sejujurnya,rasa macam maluu nak pergi balik ke sekolah bila dah habis sekolah.Rasa macam menyibuk jeh.Tapi,aku gigihkan kaki ke sekolah sebab nak amik majalah sekolah :)
Tehee >..< Happy happy.Lama okey nak tunggu.Dahlah senior year.Memori habis~ Sometimes I kinda feel highschool is my second home. :')

Alhamdulillah dapat jadi ketua editor untuk majalah sekolah.Happy :').terima kasih cikgu.
tapi,bukan aku sorang jeh yang buat majalah sekolah neyh semestinya.krew2 yang lain juga ohsem!

kembali ke sekolah namun dengan uniform yang terbaru.

muka super happy sebab dapat pakai selipar pergi sekolah.Troll.bhaha.then,it looks like I am wearing a palazo huh? saya pakai skirt tau,pecah rekod.Betullah aku senyum sampai tak nampak mata :3

Oh,sebagai pentup karangan aku,aku tulis satu puisi.'Kau yang aku puja' tajuknya.Jiwang karat 18.Jangan baca kuat-kuat tau.Slow-slow.

Kau yang aku puja.

Malang.
Kau adalah zon larangan.Kawasan berbahaya.
Sebab kau officially taken. -..-

Tapi,tidak bermaksud engkau tak boleh baca apa yang aku tulis kan?

Terima kasih banyak orang yang aku puja sebab ajar aku ada benda dalam dunia yang kadang-kadang kita takkan dapat balik lepas masa untuk mendapatkannya dah tamat.

Mok.

Btw,dalam gambar atas sekali tuh,ada 9 orang jeh.Aku tipu jeh kata ada 10 orang :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...