December 27, 2013

Fav quotes :)

Assalamualaikum and hi :B


Kebosanan.Ya,itu diri aku sekarang. *sigh*
Okey,aku masih gagal mendapatkan kerja.Adakah kerana aku pemalu sangat *tipu,aku bukan pemalu* tapi entahlah.Aku dah pergi several interviews tapi sobs sobs masih gagal mendapatkan pekerjaan.Adakah mungkin kerana aku terlalu pendek sampaikan orang tuh tak percaya aku dah 17 dan dalam beberapa hari lagi aku akan berumur 18 dan layak menonton movie ganas serta 18sx dekat cinema?Ehem,tinggi aku 152 cm dan hey,tak pendek okey? Bhaha :D
Lupakan kisah tragis aku dalam mencari pekerjaan -..-

Quote?
Bagi aku quotes sangat penting.I mean,certain quotes boleh jadi pembakar semangat dan sesetengahnya boleh mempengaruhi cara kau berfikir.For example : 




Dulu,masa aku kecik-kecik,aku percaya semua qoutes adalah benar dan aku telan bulat-bulat.Walaupun ada quotes yang merepek macam : 


Jangan pernah ludah jilat balik.

Phrase ludah jilat balik biasanya orang guna untuk kes yang kau dah clash,then kau menyesal dan nak ada balik relay dengan boyfriend/girlfriend/suami isteri sume lah.Pada aku,it is okey untuk ludah jilat balik in certain times.I mean,kalau kau betul-betul menyesal dan kau cinta dekat orang tuh separuh mati,why not? Sebab kadang-kadang kau terlepas cakap nak clash atau kau buat keputusan nak clash tanpa berfikir panjang.Itu contoh.Tapi,ada sesetengah orang tak setuju dan dia kata macam eh,tak malu ke dah clash then kau nak pungut dia balik.Dude,pendapat masing-masing.

Oh,okey,quotes dekat bawah ialah bukan 100% by me.Ada sebahagian aku cipta sendiri,ada yang aku ambil daripada facebook,tumblr dan macam macam ahh.Sembang kencang tak guna kan?Check it out ! 

  • A NAKED truth is better than a best-dressed lie.
  • Sometimes I think that who is my friend?A true friend is someone who will share with you her/his last cookies.
  • Every girl wants a bad boy who is good only for her,and every guy wants a good girl who is bad only for him :)
  • It is not about finding yourself,it is creating yourself.the power is in your hands.Your time is limited,don't waste it living in someone else's life. 
  • You can't start a new chapter if you keep re-reading the previous chapter.Move on.
  • Don't mix bad words with your bad mood.You'll have many opportunity to fix your mood but you'll never have a chance to fix your harsh words.terasa sebab pernah buat
  • Hidup ini macam matematik.Kalau senang sangat mesti ada yang tak kena.
  • Orang tua tak semestinya betul dan orang muda tak selamanya dungu. * I mean,tak semua apa yang orang yang lebih tua buat/cakap kena consider sebagai BETUL.Sebab semua manusia buat salah der even dia tua macam mana pun.Tapi,kalau kau sebagai orang muda nak membetulkan orang yang lebih tua,kena ada cara.Tak boleh main redah.And,I think,sometimes pemikiran orang muda taklah dungu sangat.Sebab kadang kala idea orang muda lebih FRESH.
  • No texts,no calls,but here I am missing you like hell.
  • Try to be yourself because mimics other people make yourself uncomfortable.

Thanks for reading peeps.Kalau ada yang quote yang menarik tertarik nanti aku update ye.Dan minggu depan budak dah mula bersekolah.Awkwardnya aku tak apa-apa beli barang sekolah tahun ini.Bhaha. :D

Kalau dulu,mesti dah beli beg semua lepas tuh tertanya-tanya adaker orang yang pakai beg sama dengan kita sebab macam tak best kalau pakai beg yang sama.Then,yang senior sibuk dengan macam macam plan dalam kepala tentang macam mana nak tunjukkan kekuasaan senior terhadap junior.Jangan tipu,aku pernah jadi senior.Hehe.

Yang skema mesti dah ada perancangan tentang study method yang hendak diaplikasikan tahun tersebut.Yang lebih skema buat 'Azam tahun baru' lepas tuh plan nak tampal dekat loker asrama atau meja kelas.Erm,rindu sekolah.Rindu lagi rutin asrama.Rindu gila dekat kenangan masa bersekolah.

Tapi aku tak menyesal sebab aku dah buat banyak benda gila masa aku bersekolah dulu-fly ikut pintu depan sekolah, ponteng tuisyen malam lepas tuh kena tangkap dengan pengetua,kenakan orang masa bufday dia,main kejar-kejar dalam dewan makan.Haha,I got nothing to regret when I look back at my senior's year.Kepuasan 100 %.

December 23, 2013

Pengalaman duduk hostel-uforgettable :)



Assalamualaikum and hey :)

Hello there :f

So today aku nak cerita pengalaman aku dekat hostel yang memang tak leyh lupa ahh.Banyak jeh pengalaman lain tapi aku pilih pengalaman neyh sebab paling best bagi aku.Let's skrol :)

Okey,masa aku form 5,aku selalu lambat untuk makan malam dan turun untuk solat maghrib dekat surau asrama.Kehkeh,
biasalah,kadang-kadang air shower takda,kadang-kadang aku balik dari sekolah pukul 6 petang (aku stay back dekat kelas after school sessions) dan kadang-kadang memang salah sendiri nak turun lambat. :3

Ikut nasib.Kadang-kadang untung sebab takda warden masa petang-petang so asrama macam aku yang punya.Kalau ada,terkocoh-kocoh lah nak bersiap (kalau lambat berkemungkinan kena rotan,wuuu,takut)

Satu hari,aku yakin takda warden.Takda motor atau kereta warden dekat asrama.Jadi,aku pun lambat turun.Masa tuh dah pukul 6.55 kot sedangkan warden cakap turun surau mesti at least 6.45 petang.

Ahh,persetankan itu semua*getus hati kecilku*
Masa tuh,aku rasa dekat blok,aku dan pina jeh yang masih tak turun.Ini Pina :)

Pina-jangan tertipu dengan mukanya yang bajet-bajet baik.Wakaka.
Dan,dan,apabila aku bukak pintu dorm.Alamak*getus hati kecilku lagi*


Aku tengok daripada koridor,aku nampak ramai budak aspura (pelajar lelaki asrama putera) sedang beratur dekat dataran.Surelah ada warden sebab diorang takkan saja nak isi masa lapang beratur dekat situ -..-

Dengan satu kata putus,aku dan pina bertindak sembunyi dalam toilet.Haha,ye,nakal.Biasa aku turun.Taktau lah kenapa petang tuh tiba-tiba aku decide nk buat kerja gila.




Itu tak gila lagi.Kronologi lepas tuh lagi gila.Okey,now aku dan pina dah sembunyi dalam toilet.Kitaorang lepak dalam shower.1 shower 2 orang.Hehe,nasib baik shower besar sikit.Tak leh terhimpit-himpit.

Aku terdengar bunyi orang naik tangga.Erkk,warden naik ke?

Jangan ahh.Aku rancang masa warden dan budak-budak tengah solat maghrib baru aku dan pina turun.

Bunyi tapak kaki tadi masuk toilet pulak..Wargghhh ! Kalau kantoi dengan warden yang kiteorang sembunyi dalam shower,aku tak tahu ler nak cakap apa.Dah lah hari keesokan tuh ada majlis graduasi untuk budak-budak form 5 dekat sekolah.Arghh,kalau kantoi mesti jadi kes disiplin wehh *muka cuak*

Tapi,tapi,dak pina bijak wohh,dia regangkan sikit pintu shower yang kitaorang tengah sembunyi.Betul gak,kalau kiteorang kunci pintu,mesti warden syak macam mana pintu neyh boleh terkunci daripada dalam?

Aku pejam mata jeh weyh masa tapak kaki warden dekat dalam toilet.Aku membayangkan dia buka pintu shower satu-satu,habislah aku dan pina.Malu kantoi satu,bertambah lagi rekod disiplin aku.

Dan,dan,ada satu ketika,warden betul-betul depan pintu shower yang aku dan pina tengah menyorok.Mak aii,entah apa dia buat,tapi aku nampaklah bayang-bayang dia dari celah pintu.Seram !

Dan,dia pun berlalu daripada situ.Fuu,lega.
Even,bunyi tapak kaki dia dah keluar toilet,kiteorang tak berani nak beranjak pun.Kehkeh :D *tulah,sapa suruh buat dajal?

Dan,syukur doe dia tak perasan ada 2 orang makhluk degil tengah sembunyi dalam shower.Kehkeh lagi :D *evil laugh*
Lepas tuh,aku dan pina pun berlari turun ke surau.Haha,sumpah aku takut tapi macam teruja.Yelah,liciknya pina dan aku sampai dapat lepas.kehkeh >..<

Tapi,tapi,lepas tuh da takda dah.Aku dengan pina pun bertaubat dan turun ke surau pada masa yang ditetapkan kadang-kadang.
Haha,unforgettable :)
Thanks peeps for reading and re-reading.




Pengalaman duduk hostel-cerita hantu



Assalamualaikum dan hey,jawab salam tuh :3

Erm,erm*betulkan suara*
Hantu?Duduk hostel?
Macam mengantuk dengan tidur.Macam plaster dengan luka.Macam couple dengan buddyz.
Erkk,alah,guna buddyz kan free? :3

Erm,setiap budak hostel,mesti ada cerita hantu tersendiri kan?
Hehe,aku tahu dan aku tak pernah dengar sesebuah hostel tuh,takda cerita hantu.Kompem ahh ada.

So,hari neyh aku nak buat entri ala-ala seram.Ala-ala,bukan seram pun.jangan takut untuk terus membaca ya anak-anak.Ayuh,skrol ke bawah!

Peristiwa yang berlaku dekat kawan-kawan aku,lagi dashat.Macam,kisah 3 beradik perempuan lah,orang merangkak dekat tanggalah masa maghrib lah,kisah orang sebelah tah apa benda lagi.

Erm,aku tak nak cerita kisah hantu yang dialami orang lain.Aku nak cerita benda yang jadi dekat aku,yang aku rasa betul-betul berlaku dan aku macam pffftts%#$ * dalam bahasa yang tidak difahami*

Pada satu malam yang hening.Takleh hening naw,biasa-biasa.Aku form 3 waktu tuh,dan aku stay-up.Tapi,aku tak mamai masa tuh.Aku berjaga.

Dah memang aku tahu,semua orang dah tidur time tuh.Siap ada yang berdengkur segala.Yeler,penat.Then......



Aku dengar bunyi tapak kaki,dalam dorm.Mula-mula aku fikir yang ada budak terjaga apa-apalah dekat side sebelah (aku dihadang dengan tembok),so aku tak nampak apa yang berlaku dekat side sebelah.

 masa tuh pun baru pukul 1 lebih.Tiba-tiba dah takda bunyi.Aku pun dengan niat nak regangkan otot,pergilah tengok dekat side sebelah,siapalah yang bangun malam-malam neyh.Takda orang jaga pun.Erm,mungkin dia dah tidur balik kot.

Aku pun sambung study balik.Bunyi tapak kaki datang balik.Tap tap tap.Aku dah ahh sudah,ada benda  nak kenakan aku ker?

Aku buat rileks lagi,mati ahh.Cehh,semangat juang tinggi, maklumlah masa tuh dah nak dekat PMR.Study jelah.

Tiba-tiba,bunyi tapak kaki tadi berhenti.Bagus,kau pergi kacau orang lain.Jangan kacau aku *cakap dalam hati*

Eh Eh,bunyi tapak kaki tadi makin deras.Tap tap tap,macam bunyi orang belari.Mula-mula tadi macam slow,macam bunyi orang yang berjalan malas,seret kaki.Then,boleh pulak tiba-tiba bunyi tapak kaki tuh jadi macam laju,macam orang berlari,ke arah aku.Ye,bunyi tuh mendekati aku.What the $%66

Selepas itu aku terus tidur*pura-pura sebenarnya*

Aku bersyukur doe.Aku kena kacau tak teruk sangat.Sekadar bunyi jeh selama 4 tahun aku duduk hostel.Ada member aku,kena ketuk kepala,ada benda main jari kaki dia,dengar bunyi orang ketawa.Fuu~

Korang,yang duduk hostel tuh?

Apa cerita hantu korang?
Do drop a comment about that and make an entry if you are a blogger.
Thanks for reading peeps ::..
XOXO. *gedik*



Pengalaman duduk hostel-cara menyambut birthday :)


Assalamualaikum and hey dude :D

Nampak tak smiley aku yang :D uhh.Itu menandakan sebab aku sangat happy hari neyh.Erkk,takdalah happy naw,boleh lah.Sebab,sebab,sebab aku : tak dapat kerja lagi so aku boleh melingkar aka tidur jeh dekat rumah sampai kena tegur.Kehkeh.Bukan ker itu yang aku impikan?Tidur atau membalas dendam selepas SPM?But hey,aku rajinkan diri juga tau tolong kerja-kerja di rumah sedikit dan aku rajin apa update blog.Tehee >..< So,rajinkan diri anda untuk baca blog aku jugak ye anak-anak :D


Okey,back to the topic.Pengalaman duduk hostel,selama 4 tahun,jelas mengajar aku banyak benda yang tak baik.Kehkeh.Dapat pulak member yang kepala gila-gila,jalan~

Oh,aku digelar mastermind dalam kalangan kawan-kawan aku,terutama dalam bab mengenakan orang.kehkeh.Kalau ada birthday orang (batch aku ler),sure ahh akan dikenakan,dan aku biasanya jadi mastermind,merangka segala-galanya.Haha *ketawa ahli sihir*Nampak tak kejahatan dan kenakalan aku di situ?

Benda wajib buat bila birthday~

  • Sepahkan loker,wajib neyh,kira asas ahh.
  • Conteng loker,cadar,katil segala.Paling aku ingat,aku letak colgate dalam loker kawan baik aku.Maksud aku,aku lumurkan isi colgate dalam loker kawan aku.Aku pun pernah simbah air longkang dekat Teah-kawan aku,classmate masa Form 4.Neyh gambar dia.Haha,merana woyy nak amik air longkang tapi hasilnya memuaskan :)



Lengkap-tepung,air longkang dan telur.Apa lagi yang tak cukup.Oh ya,aku lupa nak beli serbuk penaik.Kalau tak,dah boleh buat kek :3


  • Baling telur,lagi best kalau telur tuh peram dulu beberapa hari.Bagi budak hostel,mulut kasi manis sikit mintak makcik dema telur,save budget.Telur tuh peram betul-betul.Bau dia jangan cakap.
  • Pinggirkan dia untuk sehari.Cakap jangan,berborak apatah lagi.Ditegah keras.


Benda tambahan (kalau ada duit/dan sanggup extrax working)~


  • Beli tikus mainan,lipas segala.Letak dalam kasut sekolah.Tak pun dalam makanan.Tapi,kalau dia termakan,jangan saman aku.
  • Curah air dalam baldi dekat dia,tapi kalau dia tengah pegang phone,buku pandai-pandai lahh kau amik dulu sebelum kau simbah.Apa nak letak dalam baldi tuh?Segala benda yang kau terfikir.Wakaka.Sabun,softlan,ubat gigi,klorok.
  • Sorokkan barang dia dekat tempat yang tak terfikir.Lagi bagus kalau dia amat-amat memerlukan barang tuh,macam phone,berus gigi dan bantal busuk.
Okey,dah lama kan tinggalkan hostel,dah berkarat otak aku nak memikirkan taktik-taktik yang aku selalu suggestkan untuk kenakan orang bila bufday.*cehh,padahal baru bapa minggu tinggalkan ostel*cett.

Peringatan okey,terutama pada girls (sebab girls lebih sensitif maybe?),kau nak kenakan orang time bufday bagi aku bagus.Sebab tanda kau ingat bufday dia,kau raikan dia.Aku pun suka kalau orang kenakan aku time bufday aku,rasa macam,ehh?dia ingat bufday aku?Sobs.sobs.

Tapi,ada orang tak suka.Ada yang rasa macam ehh,aku tak suka ahh wey gurau kasar.Tengok orang ahh,kalau dia macam gamble pastuh macam gila-gila,boleh kott.Tapi,kalau dia kenakan sikit dah merajuk segala,baik kau fikir banyak kali sebelum nak kenakan dia.Sebab ada orang lebih suka bufday dia diraikan secara baik.

Okey,sebagai penamat kepada idea-idea merepek aku neyh,aku nak cerita macam mana bufday aku disambut.Sebagai mastermind,masterplanner,troublemaker,hehe,diorang suma kata yang diorang akan balas dendam/payback/what you give you get back.Banyak term yang diorang guna -..-

Bufday aku 28/5,and every year tarikh tuh jatuh pada cuti sekolah.Ye,cuti sekolah semester 1 yang 2 minggu tuh.Masalahnya,masa aku form 5 (senior year),pada minggu bersejarah tuh,aku ada program dekat sekolah,so,aku kena stay dekat sekolah,dan aku telah dimomok-momokkan oleh kawan-kawan aku dengan pelbagai idea yang diorang rancangkan untuk aku.Cehh,aku tak takut pun *padahal gentar juga,satu batch nak payback*

Therefore,kronologinya begini :


  • Malam tuh dorang start.Firstly,dorang baling telur tembelang dekat aku.2 biji.2 biji je kott tapi bau dia wa kata,aku tak tahu ler,sampai nak muntah.Satu kena rambut,and satu lagi kena baju.Cett,penat tau basuh rambut,tak hilang pun bau dia.Kesian aku :'(
  • Lepas mandi,nak basuh baju dekat bawah.Yelah,dah kena telur semua,kenalah basuh.

Dah siap basuh baju,aku nak naik atas.Erm,aku tak perasan yang dorang tengah tunggu dekat tepi tuh.Lepas tuh,selamat lah aku-mula-mula kena simbah tepung.Sampaikan aku punya mulut,mata hidung penuh dengan tepung.Kahkah.Then,dorang boleh pulak simbah air.Tahu tak,dekat koridor tuh sekarang dah jadi macam cengkodok.I mean,tepung,campur dengan air,sure lah akan jadi macam cengkodok.Aku telah diserannggg.

Dan,dorang tinggalkan aku sorang-sorang dekat koridor tuh untuk bersihkan.Wuwuwu.Penat tau,sebab tepung dan air tuh telah sebati dan melekat dekat lantai koridor.Banyak woyy.Disebabkan taknak kena marah dengan penyelia asrama,terpaksa lah aku bersihkan,sorang-sorang.Wuwuwu lagi -..-

Aku takda gambar masa sambut bufday aku.So sorry.Masa aku kena kann dah malam,nak kemas,tidur bagai.Lupa pulak nak bergambar -..- 

Dan,ada banyak lagi.Kena simbah air kolam,loker kena conteng,baju-baju aku bersepah.Haha,memanglah time kena panas jeh,penat kan nak kemas balik semua.Tapi,ituler kenangan bro,yang takda jual even dekat Pavillion. :)


erk,kelakar tak kelakar aku edit?Cover baik punya nak cover latar belakang,err,yang tak berapa menarik.Kehkeh.
Okey peeps ::..
Babai. *lambai tangan*




Juniors in the house~


Assalamualaikum and hi :3

Hello peeps ::..

Disebabkan hari ini kerajinan aku bertambah ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang sungguh tak mengizinkan aku keluar bersama Shaheizy Sam,so,aku decide untuk update entry baru.Maklumlah sejak kitaorang declare last month,dia tak habis-habis mintak aku keluar dengan dia.Ehem. *batuk kecil*

Juniors?
Proudly present to you : Kuning Jr,Belang Jr and Tompok Jr :)

Neyh Kuning Jr.Tengah sedap landing atas bantal aku.Emang dasar punya kucing.Erkk,mungkin rupanya tak comel mana tapi aku sayang :)

 Kuing Jr lagi.Hyper-entah minum apatah,tapi sekali dapat panjat riba aku,terus lelap.

Tehee >..<
Sangat cute okey.Kadang-kadang aku sampai ketap-ketap gigi bila tengok dia terkedek-kedek berjalan.Baru 2 bulan,tapi dah boleh ronda-ronda dekat rumah aku and kencing dekat sudut dapur.Sungguh buat onar ini kucing.Meskipun begitu,I love them,and ada ker patut mak aku nak buang dekat medan selera dengan alasan kucing neyh tak ada adap kencing merata-rata di rumah ku syurgaku.What de? Tapi itu plan jeh,and aku harap-harap tak.Kalau buang pun,boleh jeh ambil balik letak dekat rumah.Ehem. 

Erm,kan aku cerita ada Kuning Jr,Belang Jr,and Tompok Jr.Kalau perasan,gambar Belang dan Tompok takdakan?Sebab aku tak sempat capture.Kehkeh.Nanti-nanti lahh~

Neyh Kenit.Tapi dia dah lari rumah.Ada satu insiden tragis yang membuatkan dia lari.Tapi aku tetap berharap yang dia akan balik satu hari nanti. *Tsk,sobs,sobs. :'(

Okey,ada cerita di sebalik kucing dan aku.Dulu,aku sangat tak suka kucing.I don't know why.Maybe sebab aku tak suka benda berbulu.Atau sebab aku tak suka dia mengesel-gesel dekat aku.And aku annoying betul dengan kucing.

Pernah sekali aku menjerit dalam dewan makan sebab ada kucing nak panjat dekat riba aku.Dahlah masa tu ramai orang.Bikin malu sama gua T__T

And,masa aku Form 4,ada seorang junior aku bela kucing,dekat asrama.Korang mesti wonder macam mana dia buat.Dia ambil kotak kosong,beli makanan kucing and letak kucing tuh dekat bilik bagasi (bilik untuk letak beg bagasi budak-budak asrama).Aku puji sikap dia sebab sangat penyayang terhadap kucing (kucing tuh sebenarnya anak kucing yang terbiar dekat asrama),tapi yang tak boleh blahnya,junior aku neyh siap bawak masuk dalam dorm.

What de heckk? :/

Sebagai orang yang anti kucing,aku berusaha menegahnya,dan terus-terusan mengatakan anak kucing yang junior aku bela dan siap bawak masuk dorm sekali sekala tuh (nama anak kucing tu Dede),annoying.

Tapi,aku ditentang.Tsk.The annoying Dede ada ramai penyokong-mostly budak-budak yang suka kucing jugak.Errkk,sampailah satu hari hampir bergaduh tau.Aku marah gila kott,bila The annoying Dede masuk dalam bakul baju aku dekat dorm.Hello,aku baru basuh okey itu baju and baru jeh nak lipat.Sedap jeh The annoying Dede tuh bergolek-golek dalam bakul baju aku.

Bila aku marah,semua back-up Dede. -..-

Alah,biasalah kak.Kucing mana ada akal.Dia tak boleh fikir.

Jangan marah dia.Dia kann kecik lagi.
          

        Kesian tau tengok Dede.Tak ada orang sayang Dede dekat           dorm neyh.Takpalah Dede,nanti kita keluar ekk? 




Erkkk,sabar jelah bila kena macam tuh.Siap buat provokasi terhadap aku.Sobs.sobs. 
Tapi,Dede sekarang dah mati.Sobs sobs lagi. :'(
Dulu,aku pegang kucing pun tak nak,inikan manja-manja.
Dulu,aku sentuh kucing pun guna jari telunjuk je,sekarang dah boleh usap belai semua.
Dulu aku pelik gila kenapa ramai member-member aku fanatik dekat kucing,sampai ada sorang member aku digelar PPKKB (Pengerusi Persatuan Kucing-Kucing Bersatu),aku yang bagi nama uhh.Huhu :3 Sebab dia gila sangat dengan kucing -..-
 Dulu,aku pandang kucing yang kelaparan dekat medan selera biasa je,sekarang sanggup naik motor pergi beli makanan kucing.


Tehee.So,it all starts with The Annoying Dede.

Dede,thanks.

Sebenarnya,semua kucing yang aku bela sekarang,ada 7-Belang,Tompok,Kontot,Kuning dan 3 juniors bukannya milik aku.Kesemuanya milik jiran depan rumah aku yang nampaknya tak kesah pon pasal kucing-kucing dorang.And,kitaoranglah yang rajin dok membeli makanan kucing.From that,dorang start datang rumah kitaorang and act,datang untuk makan jeh.Kadang-kadang datang untuk tidur.And,kucing-kucing tuh (yang besar,bukan yang juniors),pandai tau.Sebab dia berak and kencing sume dekat rumah asal tuan dia.Haha,smart kann?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...