December 23, 2013

Pengalaman duduk hostel-cara menyambut birthday :)


Assalamualaikum and hey dude :D

Nampak tak smiley aku yang :D uhh.Itu menandakan sebab aku sangat happy hari neyh.Erkk,takdalah happy naw,boleh lah.Sebab,sebab,sebab aku : tak dapat kerja lagi so aku boleh melingkar aka tidur jeh dekat rumah sampai kena tegur.Kehkeh.Bukan ker itu yang aku impikan?Tidur atau membalas dendam selepas SPM?But hey,aku rajinkan diri juga tau tolong kerja-kerja di rumah sedikit dan aku rajin apa update blog.Tehee >..< So,rajinkan diri anda untuk baca blog aku jugak ye anak-anak :D


Okey,back to the topic.Pengalaman duduk hostel,selama 4 tahun,jelas mengajar aku banyak benda yang tak baik.Kehkeh.Dapat pulak member yang kepala gila-gila,jalan~

Oh,aku digelar mastermind dalam kalangan kawan-kawan aku,terutama dalam bab mengenakan orang.kehkeh.Kalau ada birthday orang (batch aku ler),sure ahh akan dikenakan,dan aku biasanya jadi mastermind,merangka segala-galanya.Haha *ketawa ahli sihir*Nampak tak kejahatan dan kenakalan aku di situ?

Benda wajib buat bila birthday~

  • Sepahkan loker,wajib neyh,kira asas ahh.
  • Conteng loker,cadar,katil segala.Paling aku ingat,aku letak colgate dalam loker kawan baik aku.Maksud aku,aku lumurkan isi colgate dalam loker kawan aku.Aku pun pernah simbah air longkang dekat Teah-kawan aku,classmate masa Form 4.Neyh gambar dia.Haha,merana woyy nak amik air longkang tapi hasilnya memuaskan :)



Lengkap-tepung,air longkang dan telur.Apa lagi yang tak cukup.Oh ya,aku lupa nak beli serbuk penaik.Kalau tak,dah boleh buat kek :3


  • Baling telur,lagi best kalau telur tuh peram dulu beberapa hari.Bagi budak hostel,mulut kasi manis sikit mintak makcik dema telur,save budget.Telur tuh peram betul-betul.Bau dia jangan cakap.
  • Pinggirkan dia untuk sehari.Cakap jangan,berborak apatah lagi.Ditegah keras.


Benda tambahan (kalau ada duit/dan sanggup extrax working)~


  • Beli tikus mainan,lipas segala.Letak dalam kasut sekolah.Tak pun dalam makanan.Tapi,kalau dia termakan,jangan saman aku.
  • Curah air dalam baldi dekat dia,tapi kalau dia tengah pegang phone,buku pandai-pandai lahh kau amik dulu sebelum kau simbah.Apa nak letak dalam baldi tuh?Segala benda yang kau terfikir.Wakaka.Sabun,softlan,ubat gigi,klorok.
  • Sorokkan barang dia dekat tempat yang tak terfikir.Lagi bagus kalau dia amat-amat memerlukan barang tuh,macam phone,berus gigi dan bantal busuk.
Okey,dah lama kan tinggalkan hostel,dah berkarat otak aku nak memikirkan taktik-taktik yang aku selalu suggestkan untuk kenakan orang bila bufday.*cehh,padahal baru bapa minggu tinggalkan ostel*cett.

Peringatan okey,terutama pada girls (sebab girls lebih sensitif maybe?),kau nak kenakan orang time bufday bagi aku bagus.Sebab tanda kau ingat bufday dia,kau raikan dia.Aku pun suka kalau orang kenakan aku time bufday aku,rasa macam,ehh?dia ingat bufday aku?Sobs.sobs.

Tapi,ada orang tak suka.Ada yang rasa macam ehh,aku tak suka ahh wey gurau kasar.Tengok orang ahh,kalau dia macam gamble pastuh macam gila-gila,boleh kott.Tapi,kalau dia kenakan sikit dah merajuk segala,baik kau fikir banyak kali sebelum nak kenakan dia.Sebab ada orang lebih suka bufday dia diraikan secara baik.

Okey,sebagai penamat kepada idea-idea merepek aku neyh,aku nak cerita macam mana bufday aku disambut.Sebagai mastermind,masterplanner,troublemaker,hehe,diorang suma kata yang diorang akan balas dendam/payback/what you give you get back.Banyak term yang diorang guna -..-

Bufday aku 28/5,and every year tarikh tuh jatuh pada cuti sekolah.Ye,cuti sekolah semester 1 yang 2 minggu tuh.Masalahnya,masa aku form 5 (senior year),pada minggu bersejarah tuh,aku ada program dekat sekolah,so,aku kena stay dekat sekolah,dan aku telah dimomok-momokkan oleh kawan-kawan aku dengan pelbagai idea yang diorang rancangkan untuk aku.Cehh,aku tak takut pun *padahal gentar juga,satu batch nak payback*

Therefore,kronologinya begini :


  • Malam tuh dorang start.Firstly,dorang baling telur tembelang dekat aku.2 biji.2 biji je kott tapi bau dia wa kata,aku tak tahu ler,sampai nak muntah.Satu kena rambut,and satu lagi kena baju.Cett,penat tau basuh rambut,tak hilang pun bau dia.Kesian aku :'(
  • Lepas mandi,nak basuh baju dekat bawah.Yelah,dah kena telur semua,kenalah basuh.

Dah siap basuh baju,aku nak naik atas.Erm,aku tak perasan yang dorang tengah tunggu dekat tepi tuh.Lepas tuh,selamat lah aku-mula-mula kena simbah tepung.Sampaikan aku punya mulut,mata hidung penuh dengan tepung.Kahkah.Then,dorang boleh pulak simbah air.Tahu tak,dekat koridor tuh sekarang dah jadi macam cengkodok.I mean,tepung,campur dengan air,sure lah akan jadi macam cengkodok.Aku telah diserannggg.

Dan,dorang tinggalkan aku sorang-sorang dekat koridor tuh untuk bersihkan.Wuwuwu.Penat tau,sebab tepung dan air tuh telah sebati dan melekat dekat lantai koridor.Banyak woyy.Disebabkan taknak kena marah dengan penyelia asrama,terpaksa lah aku bersihkan,sorang-sorang.Wuwuwu lagi -..-

Aku takda gambar masa sambut bufday aku.So sorry.Masa aku kena kann dah malam,nak kemas,tidur bagai.Lupa pulak nak bergambar -..- 

Dan,ada banyak lagi.Kena simbah air kolam,loker kena conteng,baju-baju aku bersepah.Haha,memanglah time kena panas jeh,penat kan nak kemas balik semua.Tapi,ituler kenangan bro,yang takda jual even dekat Pavillion. :)


erk,kelakar tak kelakar aku edit?Cover baik punya nak cover latar belakang,err,yang tak berapa menarik.Kehkeh.
Okey peeps ::..
Babai. *lambai tangan*




No comments:

Post a Comment

Do comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...