December 23, 2013

Pengalaman duduk hostel-cerita hantu



Assalamualaikum dan hey,jawab salam tuh :3

Erm,erm*betulkan suara*
Hantu?Duduk hostel?
Macam mengantuk dengan tidur.Macam plaster dengan luka.Macam couple dengan buddyz.
Erkk,alah,guna buddyz kan free? :3

Erm,setiap budak hostel,mesti ada cerita hantu tersendiri kan?
Hehe,aku tahu dan aku tak pernah dengar sesebuah hostel tuh,takda cerita hantu.Kompem ahh ada.

So,hari neyh aku nak buat entri ala-ala seram.Ala-ala,bukan seram pun.jangan takut untuk terus membaca ya anak-anak.Ayuh,skrol ke bawah!

Peristiwa yang berlaku dekat kawan-kawan aku,lagi dashat.Macam,kisah 3 beradik perempuan lah,orang merangkak dekat tanggalah masa maghrib lah,kisah orang sebelah tah apa benda lagi.

Erm,aku tak nak cerita kisah hantu yang dialami orang lain.Aku nak cerita benda yang jadi dekat aku,yang aku rasa betul-betul berlaku dan aku macam pffftts%#$ * dalam bahasa yang tidak difahami*

Pada satu malam yang hening.Takleh hening naw,biasa-biasa.Aku form 3 waktu tuh,dan aku stay-up.Tapi,aku tak mamai masa tuh.Aku berjaga.

Dah memang aku tahu,semua orang dah tidur time tuh.Siap ada yang berdengkur segala.Yeler,penat.Then......



Aku dengar bunyi tapak kaki,dalam dorm.Mula-mula aku fikir yang ada budak terjaga apa-apalah dekat side sebelah (aku dihadang dengan tembok),so aku tak nampak apa yang berlaku dekat side sebelah.

 masa tuh pun baru pukul 1 lebih.Tiba-tiba dah takda bunyi.Aku pun dengan niat nak regangkan otot,pergilah tengok dekat side sebelah,siapalah yang bangun malam-malam neyh.Takda orang jaga pun.Erm,mungkin dia dah tidur balik kot.

Aku pun sambung study balik.Bunyi tapak kaki datang balik.Tap tap tap.Aku dah ahh sudah,ada benda  nak kenakan aku ker?

Aku buat rileks lagi,mati ahh.Cehh,semangat juang tinggi, maklumlah masa tuh dah nak dekat PMR.Study jelah.

Tiba-tiba,bunyi tapak kaki tadi berhenti.Bagus,kau pergi kacau orang lain.Jangan kacau aku *cakap dalam hati*

Eh Eh,bunyi tapak kaki tadi makin deras.Tap tap tap,macam bunyi orang belari.Mula-mula tadi macam slow,macam bunyi orang yang berjalan malas,seret kaki.Then,boleh pulak tiba-tiba bunyi tapak kaki tuh jadi macam laju,macam orang berlari,ke arah aku.Ye,bunyi tuh mendekati aku.What the $%66

Selepas itu aku terus tidur*pura-pura sebenarnya*

Aku bersyukur doe.Aku kena kacau tak teruk sangat.Sekadar bunyi jeh selama 4 tahun aku duduk hostel.Ada member aku,kena ketuk kepala,ada benda main jari kaki dia,dengar bunyi orang ketawa.Fuu~

Korang,yang duduk hostel tuh?

Apa cerita hantu korang?
Do drop a comment about that and make an entry if you are a blogger.
Thanks for reading peeps ::..
XOXO. *gedik*



No comments:

Post a Comment

Do comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...