January 16, 2014

Cara nak menghadapi orang yang dibenci/membenci

Assalamualaikum :v

Realiti dalam hidup,tipulah kalau takda orang benci kita,right? 



Diri aku sendiri,aku dulu pernah hidup sebilik dengan orang yang aku kurang minat dan beliau nampaknya benar-benar tidak menyukai beta,makanya beta paham perasaan kalau terpaksa berhadapan dengan makhluk yang anda kurang diminati almost everyday.

Nabi Muhammad yang baik pekerti pun ada haters inikan beta insan marhean yang serba serbi cacat cela.Hikhik. (mukadimah annoying haseyo)


**********************

Aku tulis entri ni berdasarkan pengalaman peribadi dan seryesly kalau kau rasa kau bukan bitch/sombong/berlagak/ player seperti yang dicop oleh orang yang membenci kau : kau tak perlu nak rasa sedih/down sebab well hey,it is common thing to have haters around you.

Memang benar kadang-kadang kata haters itu ada benarnya.Try tanya orang yang paling jujur di sekeliling kau,adakah benar kau sombong/bitch seperti yang dicop oleh orang lain.Kalau feedback yang kau dapat 50-50 (ada yang kata ya,ada yang kata tidak) erm,I think that you need to do something/fix your attitude somewhere because as a human being we always need to be better. *senyum sambil membuat tanda aman*


***************


Tapi,remember my words : 





So,aku nak menyatakan beberapa benda yang patut buat dan tak patut dibuat bila berhadapan dengan makhluk yang kau benci/membenci kau.

1.Ask yourself if you're doing anything wrong.Kalau ada,trylah seek for his/her apologizes.Kalau memang perangai dia busuk hati lagi suka membahan orang,bukan salah kau kalau dia benci kau.

2.Elakkan bertembung.Aku dulu dekat hostel sampai perhatikan rutin harian orang yang aku kurang minat.Pukul berapa dia pergi makan,pukul berapa dia biasa pergi mandi.Aku lebih suka elak daripada berjumpa dengan dia agar aku dan dia tidak terkena sebarang penyakit sawan.

3.Muka innocent is priority.Well,disebabkan aku merupakan insan yang selalu diduga dengan pelbagai tomahan,so,muka innocent aku memang bukan dibuat-buat. *tunjuk gusi*
Orang yang kau benci/membenci kau akan lebih sakit hati kalau muka innocent kau menjadi.

4.Matang.Kalau agak-agak macam nak bergaduh,fikir baik-baik sebelum cakap sebab ramai yang memerhatikan kita.Trust me,cctv dan burung kakak tua is everywhere dan dengan pantas dan tuntas semua orang dah tahu.

5.Slow talk.Erm,duduk di asrama mengajar aku yang tak semua orang boleh terima cara slow talk.Masa tengah slow talk cool jeh,semua okey.Lepas slow talk,ungkit balik semua kisah yang telah dibincangkan.Makanya,resolusi terbaik ialah fikir dalam-dalam patut tak nak slow talk.Sebab,bagi aku,kadang-kadang cara slow talk tak efektif lagi mendatangkan masalah.Sometimes it will works but not always.

6.Doa.Ya anak-anak,doa sungguh-sungguh agar masalah kau pasal orang yang kau benci/membenci kau cepat settle.Who knows your worst enemy will become your bestfriend?



Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya
Al-Imran : 103.



Kamsahamnida baca belog ini >..<  *terima kasih dalam bahasa korea :D

No comments:

Post a Comment

Do comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...