December 23, 2013

Pengalaman duduk hostel-uforgettable :)



Assalamualaikum and hey :)

Hello there :f

So today aku nak cerita pengalaman aku dekat hostel yang memang tak leyh lupa ahh.Banyak jeh pengalaman lain tapi aku pilih pengalaman neyh sebab paling best bagi aku.Let's skrol :)

Okey,masa aku form 5,aku selalu lambat untuk makan malam dan turun untuk solat maghrib dekat surau asrama.Kehkeh,
biasalah,kadang-kadang air shower takda,kadang-kadang aku balik dari sekolah pukul 6 petang (aku stay back dekat kelas after school sessions) dan kadang-kadang memang salah sendiri nak turun lambat. :3

Ikut nasib.Kadang-kadang untung sebab takda warden masa petang-petang so asrama macam aku yang punya.Kalau ada,terkocoh-kocoh lah nak bersiap (kalau lambat berkemungkinan kena rotan,wuuu,takut)

Satu hari,aku yakin takda warden.Takda motor atau kereta warden dekat asrama.Jadi,aku pun lambat turun.Masa tuh dah pukul 6.55 kot sedangkan warden cakap turun surau mesti at least 6.45 petang.

Ahh,persetankan itu semua*getus hati kecilku*
Masa tuh,aku rasa dekat blok,aku dan pina jeh yang masih tak turun.Ini Pina :)

Pina-jangan tertipu dengan mukanya yang bajet-bajet baik.Wakaka.
Dan,dan,apabila aku bukak pintu dorm.Alamak*getus hati kecilku lagi*


Aku tengok daripada koridor,aku nampak ramai budak aspura (pelajar lelaki asrama putera) sedang beratur dekat dataran.Surelah ada warden sebab diorang takkan saja nak isi masa lapang beratur dekat situ -..-

Dengan satu kata putus,aku dan pina bertindak sembunyi dalam toilet.Haha,ye,nakal.Biasa aku turun.Taktau lah kenapa petang tuh tiba-tiba aku decide nk buat kerja gila.




Itu tak gila lagi.Kronologi lepas tuh lagi gila.Okey,now aku dan pina dah sembunyi dalam toilet.Kitaorang lepak dalam shower.1 shower 2 orang.Hehe,nasib baik shower besar sikit.Tak leh terhimpit-himpit.

Aku terdengar bunyi orang naik tangga.Erkk,warden naik ke?

Jangan ahh.Aku rancang masa warden dan budak-budak tengah solat maghrib baru aku dan pina turun.

Bunyi tapak kaki tadi masuk toilet pulak..Wargghhh ! Kalau kantoi dengan warden yang kiteorang sembunyi dalam shower,aku tak tahu ler nak cakap apa.Dah lah hari keesokan tuh ada majlis graduasi untuk budak-budak form 5 dekat sekolah.Arghh,kalau kantoi mesti jadi kes disiplin wehh *muka cuak*

Tapi,tapi,dak pina bijak wohh,dia regangkan sikit pintu shower yang kitaorang tengah sembunyi.Betul gak,kalau kiteorang kunci pintu,mesti warden syak macam mana pintu neyh boleh terkunci daripada dalam?

Aku pejam mata jeh weyh masa tapak kaki warden dekat dalam toilet.Aku membayangkan dia buka pintu shower satu-satu,habislah aku dan pina.Malu kantoi satu,bertambah lagi rekod disiplin aku.

Dan,dan,ada satu ketika,warden betul-betul depan pintu shower yang aku dan pina tengah menyorok.Mak aii,entah apa dia buat,tapi aku nampaklah bayang-bayang dia dari celah pintu.Seram !

Dan,dia pun berlalu daripada situ.Fuu,lega.
Even,bunyi tapak kaki dia dah keluar toilet,kiteorang tak berani nak beranjak pun.Kehkeh :D *tulah,sapa suruh buat dajal?

Dan,syukur doe dia tak perasan ada 2 orang makhluk degil tengah sembunyi dalam shower.Kehkeh lagi :D *evil laugh*
Lepas tuh,aku dan pina pun berlari turun ke surau.Haha,sumpah aku takut tapi macam teruja.Yelah,liciknya pina dan aku sampai dapat lepas.kehkeh >..<

Tapi,tapi,lepas tuh da takda dah.Aku dengan pina pun bertaubat dan turun ke surau pada masa yang ditetapkan kadang-kadang.
Haha,unforgettable :)
Thanks peeps for reading and re-reading.




Pengalaman duduk hostel-cerita hantu



Assalamualaikum dan hey,jawab salam tuh :3

Erm,erm*betulkan suara*
Hantu?Duduk hostel?
Macam mengantuk dengan tidur.Macam plaster dengan luka.Macam couple dengan buddyz.
Erkk,alah,guna buddyz kan free? :3

Erm,setiap budak hostel,mesti ada cerita hantu tersendiri kan?
Hehe,aku tahu dan aku tak pernah dengar sesebuah hostel tuh,takda cerita hantu.Kompem ahh ada.

So,hari neyh aku nak buat entri ala-ala seram.Ala-ala,bukan seram pun.jangan takut untuk terus membaca ya anak-anak.Ayuh,skrol ke bawah!

Peristiwa yang berlaku dekat kawan-kawan aku,lagi dashat.Macam,kisah 3 beradik perempuan lah,orang merangkak dekat tanggalah masa maghrib lah,kisah orang sebelah tah apa benda lagi.

Erm,aku tak nak cerita kisah hantu yang dialami orang lain.Aku nak cerita benda yang jadi dekat aku,yang aku rasa betul-betul berlaku dan aku macam pffftts%#$ * dalam bahasa yang tidak difahami*

Pada satu malam yang hening.Takleh hening naw,biasa-biasa.Aku form 3 waktu tuh,dan aku stay-up.Tapi,aku tak mamai masa tuh.Aku berjaga.

Dah memang aku tahu,semua orang dah tidur time tuh.Siap ada yang berdengkur segala.Yeler,penat.Then......



Aku dengar bunyi tapak kaki,dalam dorm.Mula-mula aku fikir yang ada budak terjaga apa-apalah dekat side sebelah (aku dihadang dengan tembok),so aku tak nampak apa yang berlaku dekat side sebelah.

 masa tuh pun baru pukul 1 lebih.Tiba-tiba dah takda bunyi.Aku pun dengan niat nak regangkan otot,pergilah tengok dekat side sebelah,siapalah yang bangun malam-malam neyh.Takda orang jaga pun.Erm,mungkin dia dah tidur balik kot.

Aku pun sambung study balik.Bunyi tapak kaki datang balik.Tap tap tap.Aku dah ahh sudah,ada benda  nak kenakan aku ker?

Aku buat rileks lagi,mati ahh.Cehh,semangat juang tinggi, maklumlah masa tuh dah nak dekat PMR.Study jelah.

Tiba-tiba,bunyi tapak kaki tadi berhenti.Bagus,kau pergi kacau orang lain.Jangan kacau aku *cakap dalam hati*

Eh Eh,bunyi tapak kaki tadi makin deras.Tap tap tap,macam bunyi orang belari.Mula-mula tadi macam slow,macam bunyi orang yang berjalan malas,seret kaki.Then,boleh pulak tiba-tiba bunyi tapak kaki tuh jadi macam laju,macam orang berlari,ke arah aku.Ye,bunyi tuh mendekati aku.What the $%66

Selepas itu aku terus tidur*pura-pura sebenarnya*

Aku bersyukur doe.Aku kena kacau tak teruk sangat.Sekadar bunyi jeh selama 4 tahun aku duduk hostel.Ada member aku,kena ketuk kepala,ada benda main jari kaki dia,dengar bunyi orang ketawa.Fuu~

Korang,yang duduk hostel tuh?

Apa cerita hantu korang?
Do drop a comment about that and make an entry if you are a blogger.
Thanks for reading peeps ::..
XOXO. *gedik*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...