January 28, 2014

Tips Hadapi Break-Up.


Assalamualaikum.

Hey,dah kena dump dengan boyfriend?Girlfriend anda minta clash lepas tuh ada skandal dengan bestfriend anda? Di sini,jawapan anda.




**************

  1. Delete semua message lama.Like seriously,aku tahu perempuan biasanya suka simpan mesej-mesej sweet dia dengan pakwa dia dalam draft phone lepas tuh belek-belek kembali bila rasa bosan.Itu zaman anda dan ex ialah kekasih partner.Okey,perkataan kekasih bunyinya macam zaman dulu dulu so aku lebih suka pakai perkataan partner.Nampak urban katanya.Muntah.Yes, macam mana kau nak let go him/her kalau asik-asik bila rindu dia kau bukak balik semua mesej-mesej tuh,baca dengan penuh perasaan lepas tuh end up menangis tak kesudahan.So,the first move is delete the messages. Yeah,come on,just press the delete button and whoop,ex anda dah takda menghantui anda dengan kata-kata manisnya.Onemore,kalau korang asik-asik call dia/sms dekat dia,itu hanya membuatkan korang kelihatan desperate.
  2. Tengok movie.Layan drama korea.Main basketball.Pendek kata,buat benda yang kau jarang/tak pernah buat sebab ex kau tak suka kau buat benda tuh. Contoh lain ialah pergi stadium bola dengan member-member lepas tuh main mata dengan perempuan comels.
  3. Unfriend dia dekat facebook untuk mengelakkan distalk oleh ex anda dan mengelakkan anda mengestalk ex anda secara sedar atau tidak sedar.Lagi satu,andaikata kalau korang dah clash lepas tuh tiba-tiba ternampak status ex korang dekat newsfeed,itu adalah benda yang annoying. Lagi-lagi bila korang nampak dia upload gambar dekat pantai dengan perempuan/lelaki lain.Mesti hati korang memberontak right tapi masa tuh korang sedar yang kau dan dia dah takda apa-apa relay :(
  4. Ambil berat benda yang sebelum ini kau tak kisah pun. For example,tengokkan kerja sekolah adik kau,teman mak jalan-jalan dekat Tesco.Ini contoh.Masa zaman couple,partner kau ialah segala-galanya right.Siang malam.Tapi,bila dah clash,I think it is a good turning point to build up back your relationship with the people around you.Keluarga dan kawan-kawan.Yeah,mereka tak selamanya hidup/berada berdekatan dengan korang kan so sebelum terlambat just grab the damn chance okey >..<
  5. Buang/bagi balik segala-galanya.Bila dah clash (I mean,a real clash yang memang takda harapan nak patah balik) aku sarankan kepada kalian agar pulangkan balik semua benda yang dia pernah bagi.T-shirt couple,photos, birthday presents etc.Lagi bagus,jual dekat Mudah.my lepas tuh gunakan duit tuh untuk beli Blackberry Z30.
  6. Menangis sepuasnya namun tidak selamanya.Yeah, menangis itu tandanya kita insan yang ada hati dan perasaan but sometimes we just need to learn let it go.
  7. Beribadat.Aiceh masa susah baru ingat Allah tapi yeah, kalau andaikata itu yang Allah uji kita,kita sebagai hamba takkan nak marah-marah frust segala kan? Tenangkan hati dan bersedia untuk pikat jejaka/cewek comels di luar sana.
  8. Keep yourself buzy.Larikan minda daripada perkara yang sama iaitu dear ex=oh i miss him/her.Dengan menyibukkan diri-rajinkan diri hadiri kuliah,baca buku, pergi workout-dapat bantu kau lupakan dia.Ada banyak lagi benda lain yang berbaloi untuk difikirkan :)
  9. Bagi masa dan ruang.Ada orang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun mestilah tak boleh lupa dalam seminggu dua.So,give yourself a time and space.The heartbreak always will heals after a while.So,keep calm and there's a lot more guys/girls outhere.Yang dekat Melaka neyh pun ada.

January 27, 2014

Cats lover.

Assalamualaikum :)

Hey,rindu tak dekat aku? Hahaha,sokay,tajuk hari ni 
Cats Lover.Bagi yang tak tahu cerita aku dengan kucing pada suatu ketika dulu boleh buka entri INI.

Dulu,aku dengan kucing dapatlah ditafsirkan seperti ini : 

Premis 1 : Kucing suka makan whiskas
Premis 2 : Atika *kenapa aku gelar diri aku atika?* tak suka langsung makan whiskas.
Kesimpulan : Atika tak suka kucing dan begitu sebaliknya.

Aku punya alergik dengan kucing tahap serius gila ahh,sampai nampak kucing daripada jauh dah buat muka annoying sambil acu-acukan penumbuk saiz s. -..-


******************

Semenjak dua menjak tidak bersekolah dan hanya membuta dekat rumah sampai kena bebel dan makan pisang goreng sambil online facebook *perangai yang teruk bhahaha* hatiku tergerak-gerak untuk memberi kucing-kucingku di rumah makan.Aku goncang botol potato chips yang biasanya Abah bubuh makanan kucing,kosong.

Aku jenguk ke dalam,tinggal habuk.Aku sarung baju panasku,maklumlah di Malaysia ini sejuk,dan aku seluk poket seluarku,ada duit 5 ringgit baki tuang minyak motor semalam.Aku hidupkan motor dan menderum laju ke kedai harga jimat ekonomi berhampiran rumahku yang tersangatlah menjimatkan.Lols.


**********************


Tengah-tengah aku bagi Belang,Tompok dan beberapa orang lagi menjamu makanan kucing cap Jasaku *jenama makanan kucing paling murah,hahaha*,tiba-tiba datang seekor kucing hitam.Kucing tua kalau aku tengok daripada bulu dia semua.

Serta merta aku kenal dia sebagai Logam.Logam neyh kucing tua yang selalu cari pasal dan buat onar dengan Belang (kucing aku).Abah selalu cerita pasal kejahatan si Logam neyh.Abah aku juga menggelarkan dia "Logam si kucing tua pembuli".Hahaha,abah :)

Aku pun tanpa sebarang perasaan prejudis,bagi juga si Logam neyh makan.Tak tergamak nak hampakan dia.Aku macam terfikir kalau aku dekat tempat dia mesti aku sedihkan bila aku tengok orang lain semua dapat makan tapi aku krik krik minta makanan tak dapat.Simpati menebal.

Logam kucing yang tak bertuan,dan aku tengok dia macam fobia dengan manusia.Dia takut gila kott bila aku datang dekat dia mula-mula.Bila aku bagi dia makan,aku kena duduk jauh sikit so nanti baru Logam berasa selamat nak makan.Dia pandang manusia pun suspicious jeh.Sobs sobs.Kesian si Logam neyh. :(

Bila aku pandang dekat-dekat,oh maii.Air mata i jatuh you. Mata sebelah si Logam neyh buta,tak tahulah dibutakan oleh manusia yang bengap nak %#@& atau kerana penyakit.Aku perasan something dekat misai dia.Misai dia pendek sebelah. Atau lebih tepat lagi, sebelah takda.

Aku kenal betul dengan tanda tuh,tanda misai kena gunting.Ya Allah,kesian dengan kucing tuh.Kalau aku nampak siapa yang gunting misai dak Logam tuh memang aku luku kepala dia dekat jalan tar.I mean,tahu tak misai kucing sangat penting untuk beliau?

Misai kucing (bukan tumbuhan misai kucing,i mean,misai seekor kucing) bertindak sebagai organ deria dan juga untuk mengekalkan keseimbangan badan beliau.Sama macam telinga manusia.

Kalau kita takda telinga/ada sebelah telinga jeh kita akan mengalami kesukaran nak berdiri stabil sebab telinga = salah satu organ yang menyeimbangkan badan kita.Faham tak anak-anak?  *Sumber = buku teks Sains tingkatan 2.

I pray agar penggunting misai Logam di luar sana bertaubat.Takda simpati betul.Kalau betul Logam curi ikan kau atau apa-apa jelah,tak payahlah sampai nak buat macam tuh.Animal abuse.








*****************


Aku harap partner aku nanti pun suka kucing.Hahaha,baru 18 dah pandai nak fikir pasal partner -..-
Yelah,lagi satu.Comel tau kalau lelaki yang minat kucing. ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...