January 16, 2014

Cara nak menghadapi orang yang dibenci/membenci

Assalamualaikum :v

Realiti dalam hidup,tipulah kalau takda orang benci kita,right? 



Diri aku sendiri,aku dulu pernah hidup sebilik dengan orang yang aku kurang minat dan beliau nampaknya benar-benar tidak menyukai beta,makanya beta paham perasaan kalau terpaksa berhadapan dengan makhluk yang anda kurang diminati almost everyday.

Nabi Muhammad yang baik pekerti pun ada haters inikan beta insan marhean yang serba serbi cacat cela.Hikhik. (mukadimah annoying haseyo)


**********************

Aku tulis entri ni berdasarkan pengalaman peribadi dan seryesly kalau kau rasa kau bukan bitch/sombong/berlagak/ player seperti yang dicop oleh orang yang membenci kau : kau tak perlu nak rasa sedih/down sebab well hey,it is common thing to have haters around you.

Memang benar kadang-kadang kata haters itu ada benarnya.Try tanya orang yang paling jujur di sekeliling kau,adakah benar kau sombong/bitch seperti yang dicop oleh orang lain.Kalau feedback yang kau dapat 50-50 (ada yang kata ya,ada yang kata tidak) erm,I think that you need to do something/fix your attitude somewhere because as a human being we always need to be better. *senyum sambil membuat tanda aman*


***************


Tapi,remember my words : 





So,aku nak menyatakan beberapa benda yang patut buat dan tak patut dibuat bila berhadapan dengan makhluk yang kau benci/membenci kau.

1.Ask yourself if you're doing anything wrong.Kalau ada,trylah seek for his/her apologizes.Kalau memang perangai dia busuk hati lagi suka membahan orang,bukan salah kau kalau dia benci kau.

2.Elakkan bertembung.Aku dulu dekat hostel sampai perhatikan rutin harian orang yang aku kurang minat.Pukul berapa dia pergi makan,pukul berapa dia biasa pergi mandi.Aku lebih suka elak daripada berjumpa dengan dia agar aku dan dia tidak terkena sebarang penyakit sawan.

3.Muka innocent is priority.Well,disebabkan aku merupakan insan yang selalu diduga dengan pelbagai tomahan,so,muka innocent aku memang bukan dibuat-buat. *tunjuk gusi*
Orang yang kau benci/membenci kau akan lebih sakit hati kalau muka innocent kau menjadi.

4.Matang.Kalau agak-agak macam nak bergaduh,fikir baik-baik sebelum cakap sebab ramai yang memerhatikan kita.Trust me,cctv dan burung kakak tua is everywhere dan dengan pantas dan tuntas semua orang dah tahu.

5.Slow talk.Erm,duduk di asrama mengajar aku yang tak semua orang boleh terima cara slow talk.Masa tengah slow talk cool jeh,semua okey.Lepas slow talk,ungkit balik semua kisah yang telah dibincangkan.Makanya,resolusi terbaik ialah fikir dalam-dalam patut tak nak slow talk.Sebab,bagi aku,kadang-kadang cara slow talk tak efektif lagi mendatangkan masalah.Sometimes it will works but not always.

6.Doa.Ya anak-anak,doa sungguh-sungguh agar masalah kau pasal orang yang kau benci/membenci kau cepat settle.Who knows your worst enemy will become your bestfriend?



Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya
Al-Imran : 103.



Kamsahamnida baca belog ini >..<  *terima kasih dalam bahasa korea :D

January 03, 2014

Holla 2014,sayonara 2013.


Assalamualaikum.


Cuba cari 10 orang dalam gambar neyh.2 minutes!


Okey,cuba tengok tarikh dekat atas tuh.Tengoklah...
Ya : hari ini 3/1/2014 maksudnya aku dah sah 18 tahun dan boleh pergi tengok wayang tanpa rasa gentar kot-kot wayang yang aku nak tengok ada unsur lucah/aksi ganas/seram terlampau dan sebagainya. 

Ya,sangat heaven sebab aku selalu nak pergi wayang tapi balik-balik kakak kaunter tuh mintak ic lepas tuh maaflah dik,tak boleh masuk.Pfftttt (maki dalam bahasa kucing).
Kadang-kadang cerita yang ditayangkan bukan ganas sangat pun setakat mati kepala tercampak lepas tuh ada pembunuh korek biji mata guna kapak..

Okey,tipu.Mana boleh korek biji mata guna kapak. -..-
Bagi aku,2013 ada macam macam.Bestnya banyak,tak best pun banyak.Yang best,tak terkira.Haha,nak tahu sebahagiannya selaklah entri-entri aku yang lepas-lepas. Yang tak best aku take those things as a lesson.Yeah, a long lesson to be a better person in each single day. ^^



****************

Oh,lagi satu aku tak jadi budak sekolah lagi pada 2014 so aku bercadang untuk tengok tb sahaja dekat rumah sambil mengetawakan junior-junior aku yang terpaksa bersekolah. *aksi goyang kaki depan tivi sambil ketawa sorang-sorang.

Dan pada tahun 2014,bermulalah benda baru dalam hidup aku.Aku tak tahu mana path aku yang telah ditentukan tapi aku harap aku dapat matriks/asasi seumpamanya.To be honest,aku tak rasa nak masuk Form 6.Aku akui banyak benefits masuk Form 6 tapi I just don't feel that taking Form 6 is my goal after SPM.



***************


Oh,dan ya lagi,aku baru saja kembali ke sekolah.
Sejujurnya,rasa macam maluu nak pergi balik ke sekolah bila dah habis sekolah.Rasa macam menyibuk jeh.Tapi,aku gigihkan kaki ke sekolah sebab nak amik majalah sekolah :)
Tehee >..< Happy happy.Lama okey nak tunggu.Dahlah senior year.Memori habis~ Sometimes I kinda feel highschool is my second home. :')

Alhamdulillah dapat jadi ketua editor untuk majalah sekolah.Happy :').terima kasih cikgu.
tapi,bukan aku sorang jeh yang buat majalah sekolah neyh semestinya.krew2 yang lain juga ohsem!

kembali ke sekolah namun dengan uniform yang terbaru.

muka super happy sebab dapat pakai selipar pergi sekolah.Troll.bhaha.then,it looks like I am wearing a palazo huh? saya pakai skirt tau,pecah rekod.Betullah aku senyum sampai tak nampak mata :3

Oh,sebagai pentup karangan aku,aku tulis satu puisi.'Kau yang aku puja' tajuknya.Jiwang karat 18.Jangan baca kuat-kuat tau.Slow-slow.

Kau yang aku puja.

Malang.
Kau adalah zon larangan.Kawasan berbahaya.
Sebab kau officially taken. -..-

Tapi,tidak bermaksud engkau tak boleh baca apa yang aku tulis kan?

Terima kasih banyak orang yang aku puja sebab ajar aku ada benda dalam dunia yang kadang-kadang kita takkan dapat balik lepas masa untuk mendapatkannya dah tamat.

Mok.

Btw,dalam gambar atas sekali tuh,ada 9 orang jeh.Aku tipu jeh kata ada 10 orang :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...